Takaful IKHLAS Sasar Produk Baru RM2 Juta



JOHOR BAHRU, 22 April (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd menyasarkan mencapai RM2 juta bagi produk insurans terbarunya, Ikhlas Big Bike Takaful, menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

Ikhlas Big Bike Takaful merupakan pelan perlindungan baru Takaful Ikhlas yang dicipta khusus untuk para pemilik motorsikal berkuasa tinggi 500cc dan ke atas.

"(Produk) ini adalah polisi motor standard tetapi kita sudah masukkan ciri-ciri kelainan sikit," kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Syed Moheeb Syed Kamarulzaman kepada pemberita selepas pelancaran polisi terbaru tersebut di sini hari ini.

Pelancaran produk baru itu disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.

Ikhlas Big Bike Takaful merupakan pelan perlindungan yang komprehensif, di mana ianya melindungi kehilangan atau kerosakan ke atas motorsikal dan manfaat yang lain yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Pelan perlindungan ini memberikan ganti rugi seperti kehilangan atau kerosakan kepada pemilik motorsikal berkuasa tinggi serta tanggungan pihak ketiga, kata Syed Moheeb.

Ianya juga melindungi kematian atau kecederaan serta melindungi harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan motorsikal berkuasa tinggi.

Selain dari itu, pelan ini juga memberikan perlindungan dari kehilangan yang disebabkan oleh kecurian motorsikal atau aksesorinya.

Dengan menyertai pelan perlindungan ini, pemilik motorsikal berkuasa tinggi akan mendapat bantuan kerosakan yang disediakan tanpa sebarang caj tambahan untuk kerosakan dan sekiranya berlaku kemalangan, bantuan mendapatkan kembali kenderaan yang dilindungi adalah tertakluk kepada terma dan syarat sijil motorsikal tersebut.

Perlindungan Ikhlas Big Bike Takaful ini terbahagi kepada empat kategori mengikut jenis dan kegunaan motorsikal iaitu cruisers, sports bikes, tourer dan dual purpose bikes.

Takaful Terunggul



DUBAI 15 April – Arab Saudi dan Malaysia merupakan dua pasaran takaful terunggul di dunia, dengan caruman masing-masing berjumlah AS$1.7 bilion dan AS$797 juta pada 2007, demikian menurut Laporan Takaful Dunia 2009 Ernst & Young.

Katanya, caruman Takaful global meningkat kepada AS$3.4 bilion pada 2007 berbanding AS$2.5 bilion pada 2006.

Laporan yang diumumkan pada Persidangan Tahunan Takaful Sedunia 2009 itu berkata Takaful, atau insurans koperasi patuh syariah, semakin berkembang melalui kegiatan menembusi pasaran Islam yang besar di dunia.

Bagaimanapun, ia menegaskan bahawa masih ada pasaran-pasaran besar yang belum diterokai di Asia dan Timur Tengah serta rantau Afrika Utara.

“Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia dan Sudan merupakan tiga pasaran terunggul bagi Takaful manakala benua kecil India, Indonesia, Mesir dan Turki masih merupakan pasaran Islam yang paling kurang diterokai,” kata laporan itu. GCC terdiri daripada Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.

Ketua Kumpulan Perkhidmatan kewangan Islam Ernst & Young, Sameer Abdi, berkata: “Pasaran Takaful sekarang meliputi sebahagian besar dunia tetapi masih ada banyak pasaran Islam yang belum diterokai di hampir setiap benua.

“Kami menganggarkan pasaran Takaful dunia mencapai nilai setinggi AS$7.7 bilion menjelang akhir 2012,” kata beliau.

Menurut Omar Bitar, rakan pengurusan Khidmat Nasihat Ernst & Young Timur Tengah, kelembapan dunia menjejaskan semua pihak dan Takaful juga tidak terkecuali.

Beliau berkata, pengusaha Takaful kini perlu menguruskan kos dengan lebih baik dalam pasaran yang lebih mencabar kerana landskap risiko telah banyak berubah.

“Portfolio pelaburan, kepakaran sumber manusia dan persaingan akan menjadi risiko perniagaan paling hebat dalam 12 bulan akan datang.

“Pengusaha-pengusaha (takaful) juga perlu menilai semula perniagaan teras masing-masing, dan memberikan tumpuan kepada usaha mencapai keuntungan taja jamin,” tegasnya.

Laporan itu mencadangkan bahawa dalam berhadapan dengan portfolio pelaburan berisiko tinggi, pengusaha Takaful perlu mempertingkat keupayaan pengurusan portfolio dan menambah pulangan terlaras risiko mereka. – Bernama

Rahsia Bulan Kelahiran April




* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
 
|  AhmaD-HafiZ-HamzaH. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger