KEMAMAN 29 Nov. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) akan membuka cawangan di Kuala Terengganu pada April tahun hadapan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.
Beliau berkata, Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi cawangan terbaru iaitu yang ke-11 syarikat itu berikutan sambutan menggalakkan pelanggan di negeri ini.
"Walaupun sebelum ini kami tidak mempunyai pejabat cawangan di negeri ini, namun pelanggan kami di Terengganu telah menyumbang sebanyak 12 peratus terhadap pendapatan syarikat bagi tahun kewangan 2008," katanya pada pemberita pada Program Ibadah Korban Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Mukim Binjai di sini hari ini.
Syarikat penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan inovatif berdasarkan prinsip dan nilai Islam setakat ini mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor, serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.
Syed Moheeb berkata, pada tahun hadapan Takaful Ikhlas akan memindahkan operasi ibu pejabatnya dari Petaling Jaya ke Kerinchi yang kelak akan dikenali Bangsar South.
Pada majlis korban itu, Takaful Ikhlas menyumbang 10 ekor lembu korban untuk diagih-agihkan kepada penduduk di enam buah kampung di sekitar Mukim Binjai, Kemaman.
Takaful Ikhlas turut menyerahkan sumbangan zakat wang RM200 dan barangan keperluan seperti minyak, susu, gula serta bihun kepada 150 orang fakir miskin di empat buah DUN iaitu DUN Air Putih, Chukai, Kijal dan Kemasik dan bantuan zakat RM1,000 kepada Persatuan Persaudaraan Islam Terengganu. - BERNAMA