PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) - Syarikat pengendali perlindungan berasaskan syariah, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) telah dipilih sebagai penerima Anugerah bagi Kategori Produk Takaful Paling Inovatif sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 kelima (KLIFF 2008) pada 18 November yang lalu.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Syed Moheeb Syed Kamarulzaman ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah tersebut oleh Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata penganugerahan yang kali pertama diterima oleh Takaful IKHLAS sejak KLIFF diadakan lima tahun lepas itu merupakan satu penghormatan buat syarikat itu.
"Meskipun Takaful IKHLAS baru sahaja lima tahun berada dalam industri Takaful, namun pengiktirafan yang diberikan kepada salah satu daripada 78 produk kami ini merupakan penghormatan yang tidak ternilai harganya. Ini membuktikan walaupun kami masih hijau di dalam industri ini tetapi produk kami setanding dengan produk syarikat besar yang telah lama bergiat aktif bukan sahaja di dalam industri takaful tetapi juga insurans," katanya.
Syed Moheeb berkata antara ciri-ciri istimewa produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT) selain 30 faedah perlindungan yang bakal diterima penerimanya, skim yang merupakan pelan rawatan hospital dan pembedahan itu merupakan pelan perlindungan takaful yang menawarkan sumbangan terendah berbanding produk lain yang ada dalam industri insurans dan takaful.
"Takaful IKHLAS menawarkan lima pelan bagi skim ini iaitu Pelan A, Pelan B, Pelan C, Pelan D dan Pelan E. Bagaimanapun peserta tidak perlu bimbang untuk memilih mana-mana pelan kerana kesemua pelan menawarkan faedah yang sama," katanya. Produk IMAT ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 20 April lalu.