Hari Asyura 1430


Keistimewaan 10 Muharam diterangkan dalam hadis Abu Hurairah ra, bahawa Allah SWT telah mewajibkan Bani Israil berpuasa sehari dalam satu tahun, yakni pada hari Asyura. Oleh sebab itu Nabi Muhammad saw menganjurkan umatnya dan melapangkan keluarganya pada hari itu, kerana orang yang melapangkan keluarganya pada hari itu akan dilapangkan oleh Allah kehidupannya sepanjang tahun.

Nabi juga bersabda, "Hari Asyura adalah hari puasa bagi orang Quraisy di zaman jahiliyah, dan Rasulullah saw melaksanakannya. Ketika tiba di Madinah, beliau berpuasa dan menyuruh orang ramai melaksanakannya." (H.R. Aisyah). Dengan demikian berpuasa pada hari Asyura, hukumnya sunat.

10 Muharram dianggap hari kebesaran Islam kerana pada hari ini banyak terjadi peristiwa penting, dan hari kemenangan para pejuang penegak kebenaran. Pada hari itu terjadi :

Allah SWT menjadikan 'Arasy
Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril as
Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh
Hari Pertama Allah SWT menciptakan Alam
Hari Pertama Allah SWT menurunkan rahmat
Hari Pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit
Nabi Adam as bertaubat kepada Allah SWT, dan taubatnya diterima sehingga ia bersih dari dosa
Nabi Idris as diangkat oleh Allah SWT ke tempat yang lebih tinggi
Nabi Nuh as diselamatkan oleh Allah SWT ketika banjir melanda umatnya yang zalim
Nabi Ibrahim as diselamatkan oleh Allah SWT dari pembakaran Raja Namrud
Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa as
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir, setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Siti Zulaiha
Nabi Ya'qub as disembuhkan oleh Allah SWT dari penyakit yang dideritanya
Nabi Yunus as dikeluarkan dari perut ikan paus, setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam
Allah SWT mengizinkan Nabi Musa as membelah laut merah untuk menyelamatkan diri dari kejaran Fir'aun dan bala tentaranya
Kesalahan Nabi Daud as diampuni oleh Allah SWT
Nabi Sulaiman as dikurniakan Allah SWT kerajaan besar

0 comments

Post a Comment

 
|  AhmaD-HafiZ-HamzaH. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger