Takaful IKHLAS umum pemenang



KUALA LUMPUR 30 Jan - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. telah mengumumkan pemenang Cabutan Bertuah Kempen Baiti Jannati untuk kakitangan kerajaan bagi suku tahunan ketiga.

Hadiah berupa lima baucer kelengkapan rumah yang berjumlah RM15,000 kepada lima pemenang serta 10 Deposit Akaun Tabung Haji bernilai RM5,000 kepada 10 pemenang.

Di dalam satu kenyataan hari ini, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Takaful Ikhlas, Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah berkata, kempen yang dilancarkan pada 19 April, 2008 itu diadakan bagi menarik minat kakitangan kerajaan untuk memilih syarikat itu sebagai penyedia takaful mereka menerusi produk Ikhlas Takaful Gadaijanji dan Pemilik Rumah.

"Setiap kakitangan kerajaan yang mengambil pinjaman perumahan digalakkan untuk memilih Takaful Ikhlas sebagai pengendali takaful mereka.

"Oleh yang demikian, sebagai insentif bagi mereka yang telah memilih Takaful Ikhlas, kami telah melancarkan kempen ini," kata Wan Mohd Fadzlullah.

0 comments

Post a Comment

 
|  AhmaD-HafiZ-HamzaH. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger