Waris Pesakit Kanser Terima Lebih RM411,000 Daripada Takaful IKHLAS



PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama)-- Nor Rashidah Salleh, yang meninggal dunia akibat kanser pada Oktober tahun lalu, mengambil langkah yang tepat apabila menyertai pelan perlindungan takaful pada 2007.

Syarikat penyedia skim takaful kematian yang disertai Allahyarham, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), baru-baru ini menyerahkan bayaran tuntutan sebanyak RM411,409.49 kepada keluarga Allahyarham.

Pembayaran itu diterima waris Allahyarham, Mohd Razib Ali, 50.

Konsep takaful adalah ibarat pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' iaitu membuat persiapan menghadapi masa depan yang belum tentu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam satu kenyataan hari ini.

"Memang tidak dinafikan kasih ibu tiada penggantinya, namun sijil yang diambil Allahyarham diharap mampu memberi manfaat serta faedah ketika ditimpa musibah," kata Syed Moheeb.

Pelan takaful yang disertai Allahyarham dua tahun lepas itu merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang diagihkan kepada peserta.

Mohd Razib berkata beliau akan memanfaatkan wang tuntutan ini untuk menampung pendidikan anak-anaknya.

Takaful IKHLAS Anjurkan Seminar Berkaitan Pinjaman Perumahan


KOTA BAHARU, 4 Jun (Bernama) -- Syarikat penyedia produk dan perkhidmatan perlindungan kewangan berasaskan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) baru-baru ini telah mengadakan satu seminar berkaitan pinjaman perumahan.

Seminar tersebut dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

Seminar ini bertujuan menyalurkan maklumat kepada penjawat-penjawat awam yang berada di negeri-negeri pantai timur mengenai perkhidmatan Takaful IKHLAS terutamanya yang berkaitan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan, kata Takaful IKHLAS dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata dalam kenyataan itu, Takaful IKHLAS berharap seminar ini dapat membantu kakitangan awam yang berada di Terengganu dan Kelantan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perkhidmatan perlindungan perumahan di bawah skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

"Sejajar dengan seruan kerajaan yang menggalakkan rakyat berbelanja demi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, dan juga keperihatinan pihak syarikat yang meletakkan kesejahteraan para peserta sebagai perkara utama, pihak syarikat telah mengembalikan Kempen IKHLAS Insentif Tunai dan memperkenalkannya secara terperinci kepada kakitangan sektor awam yang bertugas di Pantai Timur," katanya.

Kempen ini telah dilancarkan kembali minggu lepas oleh Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia Datuk Shuib Md Yusop.

Kempen IKHLAS Insentif Tunai adalah kempen yang dianjurkan di bawah pelan IKHLAS Takaful Gadaijanji dan IKHLAS Takaful Pemilik Rumah untuk kakitangan sektor awam yang meminjam di bawah skim pinjaman perumahan perbendaharaan, kata kenyataan itu.

Pada majlis yang sama,Takaful IKHLAS juga telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah Kempen Baiti Jannati bagi Suku Tahun Terakhir 2008/09 kepada lima orang pemenang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan di negeri Kelantan dan Terengganu.

Kempen Baiti Jannati yang bermaksud Rumahku Syurgaku ini telah dilancarkan buat kali pertamanya pada 19 April 2008.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS Sumbang Nebuliser Kpd Jabatan Kesihatan Johor


PETALING JAYA, 2 Jun (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd, anak syarikat MNRB oldings Berhad, menyumbangkan lima unit nebuliser kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, bersempena Minggu Saham Amanah 2009 (MSAM 09) di Johor Baharu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Takaful Ikhlas berkata peralatan perubatan itu diharap dimanfaatkan oleh para pesakit pernafasan seperti bronkitis dan asma.

Katanya langkah itu merupakan salah satu tanggung jawab sosial korporatnya kepada orang ramai, dalam pembangunan sosial masyarakat setempat serta bertujuan membalas budi baik masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Pada program MSAM 09 itu, Takaful Ikhlas turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma dan aktiviti permainan berunsur pendidikan untuk kanak-kanak dan enyebarkan maklumat tentang perlindungan dan pelaburan serta perancangan kewangan kepada masyarakat serta kempen menderma darah.

Takaful Ikhlas juga menyerahkan sumbangan zakat pada majlis itu. Bagaimana pun kenyataan itu tidak menyatakan jumlah zakat yang diserahkannya.

Menurut kenyataan itu lagi, pemeriksaan kesihatan percuma anjurannya telah mendapat sambutan menggalakkan dan disertai 600 pengunjung sepanjang dua hari ia diadakan, di bawah kelolaan Pejabat Kesihatan Negeri Johor.

Selain itu, kenyataan itu menyatakan Takaful Ikhlas menaja hadiah bagi peraduan melukis untuk kanak-kanak selama dua hari berturut-turut semasa Program Bersama PNB di Kuching, Sarawak pada bulan lepas.

Peraduan itu, telah menarik penyertaan 500 orang kanak-kanak dari 49 buah Tadika KEMAS di sekitar Kuching, kata kenyataan itu.

Takaful Ikhlas, yang mulai beroperasi pada Julai 2003, mempunyai dua pusat erkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Baharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.

Rahsia Bulan Kelahiran Jun



* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
 
|  AhmaD-HafiZ-HamzaH. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger