Takaful IKHLAS Sumbang Nebuliser Kpd Jabatan Kesihatan Johor


PETALING JAYA, 2 Jun (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd, anak syarikat MNRB oldings Berhad, menyumbangkan lima unit nebuliser kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, bersempena Minggu Saham Amanah 2009 (MSAM 09) di Johor Baharu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Takaful Ikhlas berkata peralatan perubatan itu diharap dimanfaatkan oleh para pesakit pernafasan seperti bronkitis dan asma.

Katanya langkah itu merupakan salah satu tanggung jawab sosial korporatnya kepada orang ramai, dalam pembangunan sosial masyarakat setempat serta bertujuan membalas budi baik masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Pada program MSAM 09 itu, Takaful Ikhlas turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma dan aktiviti permainan berunsur pendidikan untuk kanak-kanak dan enyebarkan maklumat tentang perlindungan dan pelaburan serta perancangan kewangan kepada masyarakat serta kempen menderma darah.

Takaful Ikhlas juga menyerahkan sumbangan zakat pada majlis itu. Bagaimana pun kenyataan itu tidak menyatakan jumlah zakat yang diserahkannya.

Menurut kenyataan itu lagi, pemeriksaan kesihatan percuma anjurannya telah mendapat sambutan menggalakkan dan disertai 600 pengunjung sepanjang dua hari ia diadakan, di bawah kelolaan Pejabat Kesihatan Negeri Johor.

Selain itu, kenyataan itu menyatakan Takaful Ikhlas menaja hadiah bagi peraduan melukis untuk kanak-kanak selama dua hari berturut-turut semasa Program Bersama PNB di Kuching, Sarawak pada bulan lepas.

Peraduan itu, telah menarik penyertaan 500 orang kanak-kanak dari 49 buah Tadika KEMAS di sekitar Kuching, kata kenyataan itu.

Takaful Ikhlas, yang mulai beroperasi pada Julai 2003, mempunyai dua pusat erkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Baharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.

0 comments

Post a Comment

 
|  AhmaD-HafiZ-HamzaH. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger