KOTA BAHARU, 4 Jun (Bernama) -- Syarikat penyedia produk dan perkhidmatan perlindungan kewangan berasaskan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) baru-baru ini telah mengadakan satu seminar berkaitan pinjaman perumahan.
Seminar tersebut dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.
Seminar ini bertujuan menyalurkan maklumat kepada penjawat-penjawat awam yang berada di negeri-negeri pantai timur mengenai perkhidmatan Takaful IKHLAS terutamanya yang berkaitan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan, kata Takaful IKHLAS dalam satu kenyataan hari ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata dalam kenyataan itu, Takaful IKHLAS berharap seminar ini dapat membantu kakitangan awam yang berada di Terengganu dan Kelantan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perkhidmatan perlindungan perumahan di bawah skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.
"Sejajar dengan seruan kerajaan yang menggalakkan rakyat berbelanja demi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, dan juga keperihatinan pihak syarikat yang meletakkan kesejahteraan para peserta sebagai perkara utama, pihak syarikat telah mengembalikan Kempen IKHLAS Insentif Tunai dan memperkenalkannya secara terperinci kepada kakitangan sektor awam yang bertugas di Pantai Timur," katanya.
Kempen ini telah dilancarkan kembali minggu lepas oleh Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia Datuk Shuib Md Yusop.
Kempen IKHLAS Insentif Tunai adalah kempen yang dianjurkan di bawah pelan IKHLAS Takaful Gadaijanji dan IKHLAS Takaful Pemilik Rumah untuk kakitangan sektor awam yang meminjam di bawah skim pinjaman perumahan perbendaharaan, kata kenyataan itu.
Pada majlis yang sama,Takaful IKHLAS juga telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah Kempen Baiti Jannati bagi Suku Tahun Terakhir 2008/09 kepada lima orang pemenang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan di negeri Kelantan dan Terengganu.
Kempen Baiti Jannati yang bermaksud Rumahku Syurgaku ini telah dilancarkan buat kali pertamanya pada 19 April 2008.
Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

0 comments
Post a Comment