Rahsia Bulan Kelahiran Disember



* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

Takaful IKHLAS buka cawangan di Kuala Terengganu



KEMAMAN 29 Nov. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) akan membuka cawangan di Kuala Terengganu pada April tahun hadapan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Beliau berkata, Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi cawangan terbaru iaitu yang ke-11 syarikat itu berikutan sambutan menggalakkan pelanggan di negeri ini.

"Walaupun sebelum ini kami tidak mempunyai pejabat cawangan di negeri ini, namun pelanggan kami di Terengganu telah menyumbang sebanyak 12 peratus terhadap pendapatan syarikat bagi tahun kewangan 2008," katanya pada pemberita pada Program Ibadah Korban Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Mukim Binjai di sini hari ini.

Syarikat penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan inovatif berdasarkan prinsip dan nilai Islam setakat ini mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor, serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.

Syed Moheeb berkata, pada tahun hadapan Takaful Ikhlas akan memindahkan operasi ibu pejabatnya dari Petaling Jaya ke Kerinchi yang kelak akan dikenali Bangsar South.

Pada majlis korban itu, Takaful Ikhlas menyumbang 10 ekor lembu korban untuk diagih-agihkan kepada penduduk di enam buah kampung di sekitar Mukim Binjai, Kemaman.

Takaful Ikhlas turut menyerahkan sumbangan zakat wang RM200 dan barangan keperluan seperti minyak, susu, gula serta bihun kepada 150 orang fakir miskin di empat buah DUN iaitu DUN Air Putih, Chukai, Kijal dan Kemasik dan bantuan zakat RM1,000 kepada Persatuan Persaudaraan Islam Terengganu. - BERNAMA

MNBR bincang jual kepentingan Takaful IKHLAS


KUALA LUMPUR 26 Nov. - MNRB Holdings Bhd. (MNRB) telah berbincang dengan beberapa pihak yang berminat untuk membeli pegangan dalam anak syarikatnya Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dalam usaha pengembangan perniagaan di luar negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Anuar Mohd. Hasan berkata, perbincangan telah berlaku tetapi tiada sebarang keputusan kukuh yang telah dicapai.

''Setakat ini beberapa pihak telah bertanya kepada kami tetapi tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat. Sebarang keputusan yang akan dibuat perlu mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dahulu,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai laporan berita berkaitan cadangan tersebut pada taklimat keputusan kewangan separuh pertama MNRB yang berakhir 30 September 2009 di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai pelupusan 70 peratus kepentingan Takaful Ikhlas, Anuar berkata, ia tidak akan berlaku memandangkan pemegang saham utama mereka adalah Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

''Sekiranya MNRB berhasrat menjual kepentingan ekuiti, kami masih mahu menjadi pemegang saham utama,'' jelasnya.

Sementara itu, MNRB telah merekodkan kerugian bersih sebanyak RM25.7 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2009 berbanding RM7.5 juta pada tahun lalu.

''Peningkatan kerugian tersebut adalah disebabkan oleh peruntukkan bersih sebanyak RM41.8 juta terhadap tuntutan rizab oleh subsidiari insurans semula.

''Sejajar dengan keperluan Modal Berasaskan Risiko yang diperkenalkan BNM dan telah dilaksanakan berkuatkuasa 1 Januari lalu,'' katanya.

Namun, MNRB telah merekodkan peningkatan perolehan sebanyak 18.7 peratus kepada RM681.6 juta berbanding RM574.4 juta sebelumnya.

Ia adalah ekoran pertambahan premium kasar yang dicatatkan oleh subsidiari insurans semula dan peningkatan dalam yuran wakalah yang diperoleh daripada operator takaful.

MNRB merupakan syarikat pegangan pelaburan. Antara anak-anak syarikat milik penuh MNRB adalah Malaysian Reinsurance Bhd. (Malaysia Re), Takaful Ikhlas, MNRB Retakaful Bhd. (MRT).

Rahsia Bulan Kelahiran November



* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Takaful IKHLAS Volunteers Provide Humanitarian Aid To Padang Quake Victims



KUALA LUMPUR, Oct 27 (Bernama) -- Provider of products and services in Shariah-based financial protection, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) in partnership with the Malaysian Red Crescent (PBSMM), recently sent five of its employees as volunteers for the humanitarian mission to assist the Padang earthquake victims in Indonesia.

The Takaful IKHLAS team, which was based at the Selasih Hospital in Padang for five days starting Oct 13, brought donations such as towels, blankets, baby milk and food, biscuits, instant noodles and other goods which valued over RM20,000 to relief the burden of the earthquake victims.

According to a statement released by Takaful IKHLAS Tuesday, a monetary donation of RM10,000 was also handed over to PBSMM.

Team Leader Zazali Yatim said the donations were distributed to 850 families in Padang and Pariaman.

"There were some minor tremors when we were in Padang but thankfully nothing untoward happened to us, Alhamdulillah," Zazali said in the statement.

"The Takaful IKHLAS humanitarian mission team has learnt much from the experience as well as the close cooperation with PBSMM," he added.

West Sumatra was hit by a 7.6-Richter earthquake on Sept 30, which extracted a heavy death toll and massive destruction in Padang.

Takaful IKHLAS, which started its operation in July 2003, is a subsidiary of MNRB Holdings Berhad, an investment holding company listed in the main board of Bursa Malaysia of which the major share holder is Permodalan Nasional Berhad through Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS sumbang keperluan lebih RM30,000


KUALA LUMPUR 12 Okt. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) menyumbangkan wang tunai dan barangan keperluan asas bernilai lebih RM30,000 kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, ia adalah wang tunai RM10,000 dan pelbagai barangan keperluan asas termasuk tuala, selimut, susu, makanan kanak-kanak, biskut dan mi segera bernilai RM20,000.

''Sumbangan yang diperoleh hasil sumbangan ikhlas syarikat dan kakitangannya ini bertujuan meringankan bebanan mangsa bencana berkenaan dan wang tunai RM10,000 itu khas untuk membeli bekalan perubatan untuk mereka.

''Ia akan disalurkan kepada mangsa bencana di sana melalui Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) dan kami amat berterima kasih kepada PBSM kerana diberi peluang bekerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Aidilfitri Silaturrahim Jalin Ikhlas yang dianjurkan Takaful Ikhlas di Restoran Seri Melayu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Takaful Ikhlas, Sharkawi Alis, Ahli Lembaga Pengarah syarikat, Anuar Mohd. Hassan dan Setiausaha Agung PBSM, Datuk Megat Mohd. Yusof Datuk Megat Mahmud.

Pada majlis itu, Takaful Ikhlas turut mengumumkan penghantaran lima sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Takaful Ikhlas yang akan mengikuti misi bantuan kemanusiaan bencana berkenaan di sana.

Syed Moheeb berkata, sukarelawan ini akan membawa barangan keperluan asas yang disediakan syarikat ke sana dan berkhidmat di situ selama enam hari bermula esok.

''Mereka akan bekerjasama dengan PBSM dan Palang Merah Indonesia (PMI) untuk membantu dan memberi pelbagai bantuan yang diperlukan mangsa bencana berkenaan.

''Kelima-lima kakitangan ini menawarkan diri untuk menjadi sukarela atas kesedaran tinggi untuk mengeratkan hubungan negara dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada mangsa bencana," katanya.

Rahsia Bulan Kelahiran Oktober



* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat.

Salam Idul Fitri 1430




Malam Aidilfitri dalam ingatan
Indahnya hari penghujung Ramadan
Mulianya bersama kita bermaafan
Ingat segala doa dan pesanan

Takaful IKHLAS Breaks Fast And Buys Raya Outfits For Needy Children



PETALING JAYA, Sept 10 (Bernama) -- Provider of financial protection guided by Islamic principles and values Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) brought cheers to 25 poor children in the Petaling Jaya district recently by taking them out for Hari Raya shopping and treating them to a breaking-of-fast dinner afterwards.

The programme was organised in collaboration with the Petaling Jaya branch of Selangor Tithe Board.

Through this programme, the children, aged ranging from five to 17 years, were taken out to a shopping complex in Bukit Tinggi, Klang, where Takaful IKHLAS picked up the tabs for all their purchase of clothes and shoes, before ending the evening with a sumptuous iftar dinner treat, the company said in a statement, Thursday.

Takaful IKHLAS has allocated up to RM250 for each child, said Chief Operating Officer Wan Mohd Fadzlullah in the statement.

The company also contributed RM200 each for nine children who could not make it to the outing.

Wan Mohd Fadzlullah said, the programme was one of the company's ways in fulfilling its corporate social responsibility.

"Besides, the children got to know our staff, who could be like foster brothers and sisters to them," he said.

Takaful IKHLAS, which started its operation in July 2003, is a subsidiary company of MNRB Holdings Berhad, an investment holding company listed in the main board of Bursa Malaysia of which the major share holder is Permodalan Nasional Berhad through the Amanah Saham Bumiputera scheme.

Salam Nuzul al-Quran



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al Alaq. Firman Allah bermaksud: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Rahsia Bulan Kelahiran September



* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik.

MNRB Expects Lower Growth In Current Financial Year


KUALA LUMPUR, Aug 28 (Bernama) -- MNRB Bhd, which posted a 20 per cent revenue growth in its financial year ended March 31, 2009, expects lower growth in the current financial year due to the softer reinsurance market.

In financial year 2009, the group's revenue surged to RM1.2 billion from RM978.6 million in the preceding year.

Its pre-tax profit, however, declined to RM40.5 million from RM194 million a year ago.

MNRB chairman Sharkawi Alis said for the current financial year, the group expects to achieve an 8.5 per cent increase in revenue this year with lower premium growth from its subsidiaries.

Lower growth was also expected as the group planned to be more selective in underwriting all classes of insurance, he said.

"We anticipate growth this year to be lower because of softening premium and we will also be practising selective underwriting. This mean we are selective about the businesses that we underwrite," Sharkawi said.

"We want to pick and choose. So, that's why we anticipate growth to be not at same level as the previous financial year," he told reporters after the group's annual general meeting here today.

Despite expectation of lower growth, Sharkawi said that MNRB was still positive of achieving the RM1 billion premium target it had set earlier.

He said that subsidiary Malaysia Reinsurance Bhd (Malaysian RE) will continue to be the major contributor, with its premium expected to see 10 to 15 per cent growth this year.

Malaysian RE registered a 20 per cent increase in premium to RM941 million in financial year 2009 compared to RM784.3 million in the previous year.

MNRB's takaful arm, Takaful Ikhlas Sdn Bhd, is expected to contribute RM700 million in the current financial year after its contribution rose to RM580.5 million in financial year 2009 from RM428.1 million previously.

Malaysian RE's president and chief executive officer Hashim Harun said to achieve 10 to 15 per cent growth, the company would focus on expanding its overseas market, especially in the Middle East.

The company is currently operating in 10 countries, including Kuwait, Indonesia, Sri Lanka and Saudi Arabia.

Hashim said that focus would be given to Saudi Arabia due to its bigger market potential.

"Kuwait is our largest market. Now are are focusing on Saudi Arabia as it offers tremendous opportunities," he said.

Takaful Ikhlas' president and chief executive officer Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman said the company was currently in the consolidating phase but expects a premium growth of about 25 per cent.

"If we look at the past few years, we managed to record a very substantial growth of about 30 to 40 percent," he said.

Syed Moheeb said for the current financial year, focus was being given to the non-motor segment under general takaful.

Currently, the company's portfolio is divided 76:24 between family takaful and general takaful, he said.

Takaful IKHLAS Launches Group Scheme For Immigration Staff



KUALA LUMPUR, Aug 21 (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd has launched a comprehensive group Takaful scheme for the staff of Immigration Department through the latter's Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM).

Executive Vice President and Chief Operating Officer of Takaful Ikhlas, Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah said the group scheme has been prepared specially to provide Syariah based comprehensive financial protection.

"The scheme will provide attractive and reasonable rates into the investment accounts of the participants. Besides the element of saving for retirement days, it is also created to minimise the risk factor," he said in a statement here Friday.

Wan Mohd Fadzlullah said Takaful Ikhlas aimed to get 2,000 new members under the scheme with an estimated contribution amount of RM1 million in the first year.

The scheme will be also opened to the family members of those taking up the scheme.

Among the features of the scheme will include coverage for accidents, death, hospitalisation benefits, as well as coverage for 40 critical illnesses.

Further details on the scheme can be obtained at KPISM or from any Takaful Ikhlas office.

Salam Ramadhan al-Mubarak 1430




Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:

1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:

Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”

(Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

(Surah Al-Baqarah: 183)

Ibu tunggal terima cek pampasan insurans lebih RM36,000



KUANTAN 8 Ogos - Seorang ibu tunggal, Rozita Mohamed, 46, menerima pampasan insurans sebanyak RM36,094.14 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful) berikutan kematian suaminya pada 23 Mac lalu.

Ibu kepada tiga orang anak berusia 15 hingga 22 tahun itu, menerima pampasan tersebut bagi pihak suaminya, Hazmi Hamzah yang meninggal dunia akibat kerosakan hati.

Cek pampasan itu disampaikan oleh Penolong Naib Presiden Jualan Agensi Keluarga Takaful, Shamsul Bahrin Sugiman dan disaksikan oleh Pengurus Cawangan, Zainal Rahmat Md. Zain pada satu majlis di pejabat syarikat itu di Jalan Beserah di sini baru-baru ini.

Menurut Rozita, Allahyarham suaminya meninggal dunia ketika berusia 47 tahun dan bertugas sebagai anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran dekat sini.

Katanya, Allahyarham yang berasal dari Seberang Marang, Terengganu tidak menyedari bahawa dia menghidap penyakit tersebut dan telah meninggal dunia selepas sebulan berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, kehilangan suaminya secara mengejut membuatkan dia dan anak-anak bagaikan hilang arah.

''Namun, saya bersyukur kerana arwah sentiasa beringat demi masa depan saya dan anak-anak dengan mencarum dengan Takaful," katanya di sini.

Sementara itu, Pengurus Agensi Insan Mesra Takaful, Azizal Ahmad berkata, pelaburan yang di buat oleh Allahyarham dapat membantu meringankan beban keluarganya.

''Justeru, menjadi tanggungjawab pihak kami untuk menyegerakan proses pembayaran kepada pencarum," katanya.

Salam Nisfu Sya'ban 1430



Kebesaran hari ini diterangkan oleh Rasulullah SAW, "Malaikat Jibril mendatangiku pada malam Nisfu Syaban, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan solatlah, angkat kepalamu dan tadahkan, mengapa malam ini, Jibril? Jibril menjawab, malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang bermusuhan, orang yang terus-menerus minum kamar (arak atau minuman keras), terus menerus berzina, makan riba, derhaka kepada ibu-bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silahturahim. Tuhan tidak mengampuni mereka sampai mereka bertaubat dan meninggalkan kejahatan-kejahatan itu".

Rasulullah pun keluar, lalu mengerjakan solat (sendirian) dan menangis dalam sujudnya seraya berdoa, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab dan siksa-Mu serta dari kemurkaan-Mu. Tiada kubatasi puji-pujian kepada-Mu sebagaimana Engkau telah memuji diri-Mu. Maka bagi-Mulah segala puji-pujian itu hingga Engkau rela " ( H.R. Abu Hurairah). Oleh kerana itu, malam tersebut sangat baik untuk beribadah dan memohon keampunan dari Allah SWT.

Rahsia Bulan Kelahiran Ogos



* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan.

Takaful IKHLAS Lantik Dua Anggota Baharu Jawatankuasa Syariah


KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd melantik Profesor Madya Dr Shamsiah Mohamad dan Dr Muhammad Naim Omar sebagai anggota jawatankuasa syariah yang baharu, berkuatkuasa 1 April, 2009.

Menerusi satu kenyataan di sini Isnin, Takaful Ikhlas berkata Shamsiah kini berkhidmat di Jabatan Pengajian Fiqh dan Usul Akademi Islam Universiti Malaya manakala Muhammad Naim ialah Penolong Profesor Pengajian Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Peranan Jawatankuasa Syariah Takaful Ikhlas ialah untuk membantu lembaga pengarah dan pengurusan kanan dalam kaunseling dan bimbingan bagi memastikan perniagaan syarikat diurus dan beroperasi mengikut prinsipl-prinsip Syariah.

Jururawat menghidap kanser terima RM20,000



DUNGUN 26 Julai - Seorang jururawat yang menghidap kanser usus terharu apabila menerima tuntutan insurans yang dicarum sejak 2006 sebanyak RM 20,000 daripada Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Jama'iyah Ismail, 37, yang disahkan mengidap penyakit tersebut Mac lalu gembira apabila tuntutan insuransnya ditunaikan setelah sekian lama menanti.

''Memandangkan saya bekerja di jabatan kerajaan, tiada masalah untuk menanggung kos perubatan namun saya terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli makanan tambahan yang agak mahal.

"Jadi peruntukan yang diperoleh ini akan membantu kos perubatan sampingan saya selain boleh digunakan untuk menanggung keluarga,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan wang caruman tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.

Jamai'yah yang bekerja sebagai jururawat di Klinik Pergigian Bukit Tunggal sejak 11 tahun lalu, telah menjalani dua kali pembedahan dan kini menerima rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Ujar ibu kepada empat orang anak itu, dia telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kemoterapi dan masih berbaki dua kali rawatan.

"Saya tidak tahu berapa lama lagi saya perlu menjalani rawatan ini dan berapa kos yang perlu ditanggung. Saya bersyukur menerima tuntutan ini," jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Unit Takaful Ikhlas Bahagian Wilayah Timur, Azhar Mohammed berkata, ini merupakan kes pertama di negeri Terengganu yang melibatkan pemberian tuntutan kepada pesakit kanser.

Jelasnya, ini kerana tidak ramai rakyat Terengganu yang mengambil insurans pelindungan.

Oleh itu, ujarnya, menerusi skim insurans yang ditawarkan oleh Takaful ikhlas itu, mereka boleh menikmati pelbagai faedah.

"Selain tanggungan perubatan, mereka juga boleh mencarum untuk simpanan," jelasnya.

Salam Isra' Mikraj 1430



Pada malam tanggal 27 Rejab ketika Nabi Muhammad SAW sedang tidur, datanglah malaikat Jibril dan Mikail. Kedua malaikat itu membawa Nabi ke telaga Zam-zam yang tidak jauh dari Baitullah, Ka'bah. Di tempat itulah dada Nabi Muhammad SAW dibedah dan hatinya disucikan dengan air zam-zam. Setelah segala "kotoran" hati ( sifat - sifat buruk seperti : sombong, iri, dengki, rakus dan lain sebagainya) dihilangkan, Jibril mengisinya dengan ilmu, iman, hikmah dan keyakinan. Kemudian jibril membubuhkan cap kenabian pada pundak Nabi Muhammad SAW.

Dari telaga zam-zam mereka berangkat ke Masjidil Aqsa dengan kenderaan Buraq (menurut riwayat Said bin Musayyit, Buraq itu kenderaan nabi Ibrahim yang biasa dipakai ke Baitullah - Mekah, sedangkan menurut para ahli tafsir moden, Buraq berasal dari kata "Barqun" ertinya dalam bahasa Melayu ialah Kilat).


Di tengah perjalanan Jibril beberapa kali meminta Nabi turun dan melaksanakan solat. Pertama di Yasrib yang kemudian dikenal dengan Madinah, kedua di Madyan, ketiga di Bukit Thursina dan keempat di Baitlehem. Sesampainya di Masjidil Aqsa, Nabi Muhammad SAW disambut oleh para nabi terdahulu dan para malaikat dan Nabi Muhammad SAW bertindak sebagai Imam. Selesai Solat oleh Malaikat Jibril Nabi Muhammad SAW diberikan dua gelas minuman yang satu berisi Susu yang lainya berisi Arak. Rasulullah memilih minuman yang berisi Susu.


Sesaat kemudian Rasul bersama Jibril melanjutkan perjalanan Mi'raj (alat untuk naik, Yang dimaksudkan adalah alat untuk naik bagi arwah anak cucu Adam as) ke Sidratul Muntaha, iaitu suatu tempat tertinggi di atas langit ketujuh. Dengan demikian mereka melintasi pintu-pintu langit dari yang pertama sampai pintu langit ketujuh. Yang masing - masing dijaga oleh malaikat.

Dilangit pertama Nabi Muhammad Saw bertemu dengan Nabi Adam as. Di langit kedua Nabi Muhammad Saw bertemu dengan Nabi Isa as, Nabi Yahya as dan Nabi Zakaria as, dilangit ketiga Nabi Muhammad Saw bertemu dengan Nabi Yusuf as, dilangit ke empat Nabi Muhammad Saw bertemu dengan Nabi Idris as, di langit kelima Nabi Muhammad Saw bertemu dengan Nabi Harun as dan dilangit keenam Nabi Muhammad Saw bertemu dengan Nabi Musa as, dilangit ketujuh Nabi Muhammad Saw menyaksikan Baitul Makmur yang setiap harinya dimasuki oleh 70,000 Malaikat tanpa keluar lagi. Selanjutnya sampai lah Nabi Muhammad SAW di Sidratul Muntaha. Setelah menerima Perintah Solat, Nabi Muhammad SAW kembali ke bumi.

Takaful IKHLAS Donates Dialysis Machine To Mersing Hospital



PETALING JAYA, July 14 (Bernama) -- Provider of financial protection guided by Islamic principles and values Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) has donated a dialysis machine worth RM40,000 to the Mersing District Hospital in Johor.

The machine was presented to the hospital in conjunction with the Program Kembara Mahkota Johor Jelajah Pedalaman 2009 (annual statewide motorcycle tour program held by the Crown Prince of Johor, Tunku Ibrahim Ismail), which was participated by Takaful IKHLAS, the company said in a statement Tuesday.

Takaful IKHLAS vice-president of agency sales Wan Rosli Shaharuddin said in the statement, the contribution is part of the company’s corporate social responsibility.

Takaful IKHLAS, which began operations in July 2003, is a subsidiary of MNRB Holdings Berhad, an investment holdings company listed on the main board of Bursa Malaysia, with its main shareholder being PNB Berhad through Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS has two customer services centres in Kuala Lumpur and Selangor as well regional offices in Kuala Lumpur, Kota Baharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh and Putrajaya.

Takaful IKHLAS Helps Noridawati Buy Prosthetic Leg



KUALA LUMPUR, July 3 (Bernama) -- Takaful IKHLAS Sdn Bhd, provider of products and services in syariah-based financial protection, has contributed RM15,000 to help Noridawati Husin buy a prosthetic leg.

In a statement here Friday, its executive vice president/chief operating officer, Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah, said the contribution was part of the company's corporate social responsibility.

"We hope that with this contribution, it will help change the life of Noridawati's family.

"The prosthetic leg will help ease Noridawati's burden who needs help in her movements as she has to take care of her children who are still small and to earn a living," he said.

Takaful IKHLAS, which started operations in July 2003, is a subsidiary of MNRB Holdings Bhd.

MNRB is listed on main board of Bursa Malaysia and its major shareholder is Permodalan Nasional Bhd.

Rahsia Bulan Kelahiran Julai



* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja.

Waris Pesakit Kanser Terima Lebih RM411,000 Daripada Takaful IKHLAS



PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama)-- Nor Rashidah Salleh, yang meninggal dunia akibat kanser pada Oktober tahun lalu, mengambil langkah yang tepat apabila menyertai pelan perlindungan takaful pada 2007.

Syarikat penyedia skim takaful kematian yang disertai Allahyarham, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), baru-baru ini menyerahkan bayaran tuntutan sebanyak RM411,409.49 kepada keluarga Allahyarham.

Pembayaran itu diterima waris Allahyarham, Mohd Razib Ali, 50.

Konsep takaful adalah ibarat pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' iaitu membuat persiapan menghadapi masa depan yang belum tentu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam satu kenyataan hari ini.

"Memang tidak dinafikan kasih ibu tiada penggantinya, namun sijil yang diambil Allahyarham diharap mampu memberi manfaat serta faedah ketika ditimpa musibah," kata Syed Moheeb.

Pelan takaful yang disertai Allahyarham dua tahun lepas itu merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang diagihkan kepada peserta.

Mohd Razib berkata beliau akan memanfaatkan wang tuntutan ini untuk menampung pendidikan anak-anaknya.

Takaful IKHLAS Anjurkan Seminar Berkaitan Pinjaman Perumahan


KOTA BAHARU, 4 Jun (Bernama) -- Syarikat penyedia produk dan perkhidmatan perlindungan kewangan berasaskan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) baru-baru ini telah mengadakan satu seminar berkaitan pinjaman perumahan.

Seminar tersebut dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

Seminar ini bertujuan menyalurkan maklumat kepada penjawat-penjawat awam yang berada di negeri-negeri pantai timur mengenai perkhidmatan Takaful IKHLAS terutamanya yang berkaitan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan, kata Takaful IKHLAS dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata dalam kenyataan itu, Takaful IKHLAS berharap seminar ini dapat membantu kakitangan awam yang berada di Terengganu dan Kelantan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perkhidmatan perlindungan perumahan di bawah skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

"Sejajar dengan seruan kerajaan yang menggalakkan rakyat berbelanja demi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, dan juga keperihatinan pihak syarikat yang meletakkan kesejahteraan para peserta sebagai perkara utama, pihak syarikat telah mengembalikan Kempen IKHLAS Insentif Tunai dan memperkenalkannya secara terperinci kepada kakitangan sektor awam yang bertugas di Pantai Timur," katanya.

Kempen ini telah dilancarkan kembali minggu lepas oleh Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia Datuk Shuib Md Yusop.

Kempen IKHLAS Insentif Tunai adalah kempen yang dianjurkan di bawah pelan IKHLAS Takaful Gadaijanji dan IKHLAS Takaful Pemilik Rumah untuk kakitangan sektor awam yang meminjam di bawah skim pinjaman perumahan perbendaharaan, kata kenyataan itu.

Pada majlis yang sama,Takaful IKHLAS juga telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah Kempen Baiti Jannati bagi Suku Tahun Terakhir 2008/09 kepada lima orang pemenang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan di negeri Kelantan dan Terengganu.

Kempen Baiti Jannati yang bermaksud Rumahku Syurgaku ini telah dilancarkan buat kali pertamanya pada 19 April 2008.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS Sumbang Nebuliser Kpd Jabatan Kesihatan Johor


PETALING JAYA, 2 Jun (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd, anak syarikat MNRB oldings Berhad, menyumbangkan lima unit nebuliser kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, bersempena Minggu Saham Amanah 2009 (MSAM 09) di Johor Baharu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Takaful Ikhlas berkata peralatan perubatan itu diharap dimanfaatkan oleh para pesakit pernafasan seperti bronkitis dan asma.

Katanya langkah itu merupakan salah satu tanggung jawab sosial korporatnya kepada orang ramai, dalam pembangunan sosial masyarakat setempat serta bertujuan membalas budi baik masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Pada program MSAM 09 itu, Takaful Ikhlas turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma dan aktiviti permainan berunsur pendidikan untuk kanak-kanak dan enyebarkan maklumat tentang perlindungan dan pelaburan serta perancangan kewangan kepada masyarakat serta kempen menderma darah.

Takaful Ikhlas juga menyerahkan sumbangan zakat pada majlis itu. Bagaimana pun kenyataan itu tidak menyatakan jumlah zakat yang diserahkannya.

Menurut kenyataan itu lagi, pemeriksaan kesihatan percuma anjurannya telah mendapat sambutan menggalakkan dan disertai 600 pengunjung sepanjang dua hari ia diadakan, di bawah kelolaan Pejabat Kesihatan Negeri Johor.

Selain itu, kenyataan itu menyatakan Takaful Ikhlas menaja hadiah bagi peraduan melukis untuk kanak-kanak selama dua hari berturut-turut semasa Program Bersama PNB di Kuching, Sarawak pada bulan lepas.

Peraduan itu, telah menarik penyertaan 500 orang kanak-kanak dari 49 buah Tadika KEMAS di sekitar Kuching, kata kenyataan itu.

Takaful Ikhlas, yang mulai beroperasi pada Julai 2003, mempunyai dua pusat erkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Baharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.

Rahsia Bulan Kelahiran Jun



* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Untung Pracukai MNRB Susut Kepada RM35.4 Juta



KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan sebelum cukai MNRB Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2009 susut kepada RM35.4 juta daripada RM194.0 juta dalam tempoh yang sama pada 2008.

Bagaimanapun, pendapatannya meningkat sebanyak 20 peratus kepada RM1.2 bilion daripada RM978.6 juta sebelumnya.

Presiden/ketua pegawai eksekutifnya, Anuar Mohd Hassan, berkata peningkatan pendapatan ini adalah disebabkan oleh pertambahan premium insurans semula kasar yang dicatatkan oleh anak syarikat milik penuhnya, Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re), dan kenaikan fi wakalah yang diraih oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd.

"Penyusutan keuntungan kumpulan ini, bagaimanapun, disebabkan terutamanya oleh peningkatan tuntutan yang ditanggung oleh operasi insurans semula kumpulan itu serta penyusutan pendapatan pelaburan kumpulan itu ekoran keadaan pasaran saham yang tidak memberangsangkan pada 2008," katanya pada sesi taklimat untuk penganalisis di sini Rabu.

Bagi tempoh berakhir 31 Mac, 2009, premium kasar yang dicatatkan oleh Malaysian Re berjumlah RM941.0 juta, meningkat 20 peratus daripada RM784.3 juta sebelumya yang, pada asasnya, hasil daripada peningkatan perniagaan di luar negara.

Bagi Takaful Ikhlas, sumbangan kasarnya meningkat sebanyak 35 peratus kepada paras ketinggian baru RM578.6 juta, melebihi sasaran asalnya, sebanyak RM520.0 juta.

Tentang petunjuk prestasi utama bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2010, Anuar berkata syarikat itu berhasrat mencapai pertumbuhan pulangan ke atas ekuiti sebanyak 3.2 peratus, dan pendapatan sebanyak 8.5 peratus.

Bagi masa depan, katanya, syarikat itu akan memberikan tumpuan kepada usaha memperluas operasinya dalam pasaran luar negara khususnya di Jepun.

Syarikat itu juga mengunjurkan peningkatan sumbangan sebanyak 30 peratus daripada operasinya di luar negara menjelang 2011 daripada 23 peratus sekarang.

Mengenai penjualan kepentingan Takaful Ikhlas, Annuar berkata setakat ini, syarikat itu belum menerima sebarang cadangan konkrit.

Takaful IKHLAS Sasar Premium Lebih Tinggi



PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd menjangka dapat meraih premium yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM80 juta dalam tahun kewangan 2010 daripada RM49.1 juta tahun lepas dengan pelancaran Kempen Insentif Tunai Ikhlas.


Kempen itu adalah di bawah pelan insurans Ikhlas Takaful Gadaijanji dan Ikhlas Takaful Pemilik Rumah, bagi peminjam daripada Bahagian Pinjaman Perumahan kerajaan.


Presiden/ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, berkata kempen yang pertama kali dilancarkan pada 2007 itu mendapat sambutan hangat daripada kakitangan kerajaan.


"Hingga akhir tahun kewangan lepas, kami mempunyai kira-kira 20,000 pemegang polisi bagi kedua-dua skim," katanya pada satu taklimat media selepas pelancaran kempen itu di sini Isnin.


Syed Moheeb berkata anggota kerajaan di bawah pelan Ikhlas Takaful Gadaijanji akan mendapat faedah tunai bersamaan dengan lima peratus caruman mereka.


Menurut beliau syarikat itu akan mengeluarkan kira-kira RM3 juta bagi tujuan tersebut.

Takaful IKHLAS Lancar Takaful Simpanan Ikhlas Haji


KUALA LUMPUR, 20 Mei (BERNAMA) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) hari ini melancarkan produk terbarunya Ikhlas Hajj Saving Takaful.

Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ikhlas Hajj Saving Takaful ialah pelan perlindungan serta pelaburan simpanan yang disediakan khusus bagi membantu dan memenuhi keperluan mereka yang merancang untuk menunaikan ibadah haji.

"Pelan itu ditawarkan tepat pada masanya memandangkan ia dapat membantu perancangan mereka yang ingin menunaikan ibadat haji yang kosnya kini semakin meningkat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.

Beliau berkata pelan itu meliputi perkhidmatan takaful perlindungan serta simpanan yang lebih terjamin.

Takaful Ikhlas mengunjurkan produk terbaru ini menyumbang sebanyak RM3 juta bagi tahun kewangan 2009/2010 dan diyakini mampu meningkatkan perolehan sumbangan kepada Takaful IKHLAS pada tahun-tahun akan datang.

Antara kelebihan pelan Ikhlas Hajj ialah manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh, penyakit kritikal yang berpanjangan, serahan, pengeluaran sebahagian tunai dan matang.

Had umur kemasukan untuk produk terbaru ini bermula daripada 30 hari hingga 60 tahun.

Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati menerusi www.takaful-ikhlas.com.my.

Takaful IKHLAS Sasar 25 Peratus Pertumbuhan Premium Dalam Operasi Sarawak


KUCHING, 20 Mei (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), yang melancarkan takaful simpanan Ikhlas Haji di sini, menyasarkan peningkatan 25 peratus dalam jumlah premium kepada RM22 juta bagi operasi Sarawak dalam tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2010.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman hari Rabu berkata syarikat itu mengumpul RM18.39 juta daripada jumlah premium RM588 juta di seluruh negara dalam tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac tahun ini berbanding RM17.94 dalam tahun kewangan tahun lepas.

"Walaupun sasaran pertumbuhan bagi Sarawak sebanyak 25 peratus, yang lebih rendah berbanding matlamat antara 40 dan 45 peratus sebelum ini, ia masih merupakan pencapaian yang memuaskan, terutama ketika berlaku krisis kewangan semasa," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pada keseluruhannya, penyedia khidmat kewangan dan insurans berasaskan Islam, yang menawarkan 87 produk takaful, kini menguasai 18 peratus daripada keseluruhan pasaran nasional. Ia menduduki tempat ketiga di kalangan lapan operator.

Walaupun baru dua tahun beroperasi di Sarawak, ia kini menyertai program tiga hari "Bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB)" yang bermula di Padang Merdeka di sini semalam, dengan menawarkan produk terbarunya yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Syed Moheeb berkata syarikat itu masih mengekalkan pejabat kawasannya di Kuching walaupun perniagaan dijalankan di seluruh negeri, menggunakan kemudahan Internet yang membolehkan operasi dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan tanpa membuka lebih banyak pejabat.

Beliau yakin Takaful IKHLAS akan berkembang dalam sektor umum dan takaful keluarga menerusi pelbagai saluran pengedaran, termasuk sektor swasta, kerajaan negeri dan institusi kewangan.

Mengenai pelancaran takaful simpanan Ikhlas Haji yang membolehkan peserta menunaikan rukun Islam kelima (menunaikan haji), beliau berkata ia menawarkan lebih banyak pendedahan kepada penduduk di Sarawak mengenai makna takaful dan peranan serta manfaat perlindungan tabungan.

Beliau berkata produk terbaru takaful, Ikhlas Big Bike Takaful, yang dilancarkan semasa program "Minggu Saham Amanah Malaysia 2009" di Johor Baharu bulan lepas turut mendapat sambutan hangat.

"Walaupun ia disasarkan kepada pemilik motosikal berkuasa besar melebihi 500cc, polisi itu membolehkan kami menjalin hubungan dengan profesional, pemilik hartanah dan ahli perniagaan.

"Secara tidak langsung, ia membantu kami membuka lebih banyak pintu," katanya dan menambah, Takaful IKHLAS menyediakan hampir 200 polisi sejak dilancarkan tiga minggu lepas.

Berdasarkan pelbagai jenis produk menerusi urus niaga elektronik, selain kerja keras tenaga kerja Takaful IKHLAS dan agensi-agensinya, beliau yakin syarikat akan menyaksikan pertumbuhan kira-kira 20-30 peratus dalam tahun kewangan semasa berbanding RM588 juta sebelumnya.

"Bagi syarikat yang berusia tujuh tahun, ia merupakan kejayaan yang agak baik dan kami dapat mengakses hampir semua sektor pasaran," katanya.

Syarikat itu mempunyai dua pusat khidmat pelanggan iaitu di Kuala Lumpur dan Selangor selain pejabat kawasan di Kuching, Kota Baharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.

Ia adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd, sebuah syarikat pegangan pelaburan yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Pemegang saham utamanya ialah PNB.

Seramai 301 Dianugerah Darjah Kebesaran, 9 Bergelar Datuk



KANGAR, 16 Mei (Bernama) -- Seramai 301 orang dianugerah darjah kebesaran dan pingat, sembilan daripada mereka dengan gelaran datuk, sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis ke-66 Ahad.

Setiausaha Kerajaan negeri Perlis, Mohamad Zabidi Zainal adalah antara lima penerima darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP).

Empat yang lain ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Zamani A. Rahim; Panglima Markas 7 Briged, Brig Jen Abu Musa A.Rahman; Pengarah Inspektorat Maktab Tentera Udara, Brig Jen Dato Che Akmar Mohd Nor; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ghana Razinah Datuk Haji Ghazali.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika mengumumkan senarai penerima darjah dan kebesaran itu hari ini berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman adalah penerima tunggal darjah Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail (DPSJ).

Tiga lagi menerima darjah Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Saripuddin Kassim; bekas pengetua Wan Din Che Mat; dan bekas anggota Exco Kerajaan Perlis Goh Eng Toon.

Md Isa berkata, dua orang bakal menerima gelaran Datuk Bergelar iaitu seorang pesara Mahamud Abdul yang akan menerima gelaran Datuk Lela Perkasa dan bekas guru Othman Mat, Datuk Kaya Setia.

Sebanyak 15 orang menerima darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) termasuk Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman; Penasihat Undang-undang Perlis, Abdul Rasid Sudin; dan timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff.

Sebanyak 16 orang menerima darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP) termasuk penulis dan pengkritik sastera Prof Rahman Shaari; pakar perunding paediatrik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Dr Abdul Nasir Mohamed Abdul Kader; dan Pengurus Kanan PPB Group Berhad, Abdul Shukor Sultan.

Sebanyak 16 orang menerima darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) termasuk Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Ir Nishad Mohamad Shaffy; Timbalan Setiausaha Kerajaan Perlis Md Puat Romli; dan bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Mustaffa Ibrahim.

Sementara itu, sebanyak 42 orang menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP), seorang Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 53 Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 129 Pingat Jasa Baik (PJB) dan 16 menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Rahsia Bulan Kelahiran Mei



* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

Takaful IKHLAS Sasar Produk Baru RM2 Juta



JOHOR BAHRU, 22 April (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd menyasarkan mencapai RM2 juta bagi produk insurans terbarunya, Ikhlas Big Bike Takaful, menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

Ikhlas Big Bike Takaful merupakan pelan perlindungan baru Takaful Ikhlas yang dicipta khusus untuk para pemilik motorsikal berkuasa tinggi 500cc dan ke atas.

"(Produk) ini adalah polisi motor standard tetapi kita sudah masukkan ciri-ciri kelainan sikit," kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Syed Moheeb Syed Kamarulzaman kepada pemberita selepas pelancaran polisi terbaru tersebut di sini hari ini.

Pelancaran produk baru itu disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.

Ikhlas Big Bike Takaful merupakan pelan perlindungan yang komprehensif, di mana ianya melindungi kehilangan atau kerosakan ke atas motorsikal dan manfaat yang lain yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Pelan perlindungan ini memberikan ganti rugi seperti kehilangan atau kerosakan kepada pemilik motorsikal berkuasa tinggi serta tanggungan pihak ketiga, kata Syed Moheeb.

Ianya juga melindungi kematian atau kecederaan serta melindungi harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan motorsikal berkuasa tinggi.

Selain dari itu, pelan ini juga memberikan perlindungan dari kehilangan yang disebabkan oleh kecurian motorsikal atau aksesorinya.

Dengan menyertai pelan perlindungan ini, pemilik motorsikal berkuasa tinggi akan mendapat bantuan kerosakan yang disediakan tanpa sebarang caj tambahan untuk kerosakan dan sekiranya berlaku kemalangan, bantuan mendapatkan kembali kenderaan yang dilindungi adalah tertakluk kepada terma dan syarat sijil motorsikal tersebut.

Perlindungan Ikhlas Big Bike Takaful ini terbahagi kepada empat kategori mengikut jenis dan kegunaan motorsikal iaitu cruisers, sports bikes, tourer dan dual purpose bikes.

Takaful Terunggul



DUBAI 15 April – Arab Saudi dan Malaysia merupakan dua pasaran takaful terunggul di dunia, dengan caruman masing-masing berjumlah AS$1.7 bilion dan AS$797 juta pada 2007, demikian menurut Laporan Takaful Dunia 2009 Ernst & Young.

Katanya, caruman Takaful global meningkat kepada AS$3.4 bilion pada 2007 berbanding AS$2.5 bilion pada 2006.

Laporan yang diumumkan pada Persidangan Tahunan Takaful Sedunia 2009 itu berkata Takaful, atau insurans koperasi patuh syariah, semakin berkembang melalui kegiatan menembusi pasaran Islam yang besar di dunia.

Bagaimanapun, ia menegaskan bahawa masih ada pasaran-pasaran besar yang belum diterokai di Asia dan Timur Tengah serta rantau Afrika Utara.

“Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia dan Sudan merupakan tiga pasaran terunggul bagi Takaful manakala benua kecil India, Indonesia, Mesir dan Turki masih merupakan pasaran Islam yang paling kurang diterokai,” kata laporan itu. GCC terdiri daripada Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.

Ketua Kumpulan Perkhidmatan kewangan Islam Ernst & Young, Sameer Abdi, berkata: “Pasaran Takaful sekarang meliputi sebahagian besar dunia tetapi masih ada banyak pasaran Islam yang belum diterokai di hampir setiap benua.

“Kami menganggarkan pasaran Takaful dunia mencapai nilai setinggi AS$7.7 bilion menjelang akhir 2012,” kata beliau.

Menurut Omar Bitar, rakan pengurusan Khidmat Nasihat Ernst & Young Timur Tengah, kelembapan dunia menjejaskan semua pihak dan Takaful juga tidak terkecuali.

Beliau berkata, pengusaha Takaful kini perlu menguruskan kos dengan lebih baik dalam pasaran yang lebih mencabar kerana landskap risiko telah banyak berubah.

“Portfolio pelaburan, kepakaran sumber manusia dan persaingan akan menjadi risiko perniagaan paling hebat dalam 12 bulan akan datang.

“Pengusaha-pengusaha (takaful) juga perlu menilai semula perniagaan teras masing-masing, dan memberikan tumpuan kepada usaha mencapai keuntungan taja jamin,” tegasnya.

Laporan itu mencadangkan bahawa dalam berhadapan dengan portfolio pelaburan berisiko tinggi, pengusaha Takaful perlu mempertingkat keupayaan pengurusan portfolio dan menambah pulangan terlaras risiko mereka. – Bernama

Rahsia Bulan Kelahiran April




* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

Success




To succeed, we must first believe that we can

If you think you are beaten, you are
If you think you dare not, you don’t
If you like to win, but you think you can’t
It is almost certain you won’t

If you think you’ll lose, you’re lost
For out of the world we find
Success begins with a fellow’s will
It’s all in the state of mind

If you think you are outclassed, you are
You’ve got to think high to rise
You’ve got to be sure of yourself before
You can ever win a prize

Life’s battles don’t always go
To the stronger or faster man
But sooner or later the man who wins
Is the man who thinks he can

IKHLAS Dariku




Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura pura didalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai ku bermadah pujangga

Jika ada benci dihati
Oh katakanlah padaku
Relaku terima walau kutukan
Asalkan aqidah terjaga

Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan dustur Ilahi
Hakikat hati tak terluka
Walau zahirnya ada yang terluka

Tuhan ku mohon keampunan
Ketelanjuran yang berulang kali
Teman kita paterikan disini
Berakhir sebuah lamunan duniawi
Terima syukur taufik Ilahi

Salam Maulidur Rasul s.a.w




Ya Rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan Sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman dan sentosa

Rahsia Bulan Kelahiran Mac




* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

Financial Planning



According to a research done by Australia government, they investigate 100 person of the same age who are 65 years old now.
Found out that...

1% of them are super millionaire who doesn't have to work and able to makesure themself, their children and their grandchild can live a luxury life. (that's really a lot of money)
7% of them are people who can feed themself and live a luxury life.
16% of them still need to work to continue their life. (65 and still working, how hard was that)
10% of them already bankrupt.
28% of them died.
38% of them depend on the financial helps of others to continue life. (son, government etc...)

Another fact is that,
95% of the people in this world use money first, and pay later.
Only 5% of them save money first, and use it later.
The people who are in the 95% couldn't save any money, because they pay themself only after they paid others.

Financial planning is important and everyone should plan for their self as early as possible...

Penyedia Takaful & Takaful Semula Terbaik 2008



KUALA LUMPUR 16 Feb. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dipilih sebagai Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik 2008 menerusi undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam (IFN) 2008, baru-baru ini. Anugerah yang diadakan buat kali keempat pada tahun ini dimenangi oleh Takaful Ikhlas menerusi undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat. IFN memberi tumpuan terhadap industri dan pasaran kewangan antarabangsa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, anugerah itu merupakan kayu pengukur kecemerlangan syarikat sehingga hari ini. ''Kami menganggap anugerah ini sebagai satu penghormatan terbesar di peringkat antarabangsa, sebagai pengendali perlindungan takaful yang baru sahaja beroperasi selama enam tahun. Anugerah ini membuktikan meskipun Takaful Ikhlas merupakan syarikat yang baru, tetapi produk-produk kami telah pun mendapat perhatian masyarakat luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Moheeb berkata, anugerah itu akan dijadikan pemangkin kepada kejayaan Takaful Ikhlas untuk tahun-tahun akan datang sekali gus memastikan syarikat terus berdiri kukuh dalam industri insurans dan takaful. Menurutnya, anugerah yang dilancarkan oleh IFN itu adalah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menjalankan operasi dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada institusi kewangan Islam.

Dalam pada itu, kata beliau, kemenangan tersebut merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas di negara ini dan juga di peringkat antarabangsa. ''Kita mempunyai pelbagai rancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang, oleh itu, usaha yang berterusan sedang dilakukan bagi memastikan ia (rancangan) dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini. ''Kami berasa sangat berbesar hati apabila terpilih sebagai pemenang walaupun penglibatan kami dalam industri takaful masih baru berbanding pengendali takaful yang lain," ujarnya.

Infrastruktur IT dinilai semula


PETALING JAYA 2 Feb. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. akan membuat penilaian semula dan mengemas kini infrastruktur teknologi maklumat (IT) yang merupakan elemen terpenting syarikat itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, penilaian semula itu merupakan sebahagian daripada pelan strategik Takaful Ikhlas tahun ini.

‘‘Berbanding syarikat pengendali insurans atau takaful yang lain, kami tidak mempunyai bilangan cawangan banyak kerana kesemua ejen kami berhubung melalui Internet. Ini merupakan kekuatan kami sejak mula beroperasi.

‘‘Penilaian ini perlu kerana selepas enam tahun kami perlu lebih bergerak ke hadapan dan perlu memastikan bahawa infrastruktur IT yang ada dapat menyokong semua aktiviti syarikat antara tahun 2010 hingga 2015,’’ katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Penilaian tersebut adalah bagi mempertingkatkan keupayaan dan memastikan ia mampu menyokong perniagaan luar negara syarikat itu pada masa hadapan.

Tahap pertama inisiatif penilaian semula akan melibatkan pelaburan antara RM2 juta hingga RM5 juta bagaimanapun secara keseluruhan sejak enam tahun lalu, Takaful Ikhlas telah membelanjakan hampir RM20 juta bagi pengukuhan infrastruktur IT mereka, tambahnya.

Selain itu, pengendali insurans Islam itu juga bakal memeterai perjanjian dengan salah sebuah negara teluk sebagai penyedia kepakaran sebagai menyahut seruan Bank Negara Malaysia dan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Melalui perjanjian tersebut, kata beliau, Takaful Ikhlas menyalurkan kepakaran dalam membantu memulakan sebuah syarikat berasaskan takaful, pengendalian operasi syarikat, membentuk strategi pemasaran dan sebagainya.

Rahsia Bulan Kelahiran Februari




* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar.
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.
 
|  AhmaD-HafiZ-HamzaH. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger