KUCHING, 28 April (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd mengumumkan pemenang-pemenang Kuiz IKHLAS sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2010 (MSAM 2010) yang berakhir baru-baru ini.
Merjenah Haji Abang dari Taman Suriza, Depo memenangi hadiah utama pakej haji, manakala Mahbindan dari kampung Pinang Jawa dan Normah Jemat masing-masing menerima hadiah bonus pakej umrah.
Seramai 10 pemenang lain dihadiahkan sagu hati berbentuk deposit sebanyak RM200 ke dalam akaun Tabung Haji untuk Muslimin dan akaun simpanan Islam pula untuk yang bukan Muslimin.
Menurut kenyataan Takaful IKHLAS, para pemenang akan dihubungi terus untuk menebus hadiah masing-masing.
Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia. Pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.
Takaful IKHLAS kini mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh, dan Putrajaya.