Takaful IKHLAS Umum Pemenang Kuiz IKHLAS MSAM 2010



KUCHING, 26 April (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd mengumumkan pemenang-pemenang Kuiz IKHLAS sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2010 (MSAM 2010) yang telah berlangsung sejak 20 April yang lalu.

Hadiah utama iaitu pakej mengerjakan ibadah Haji telah dimenangi oleh Merjenah Haji Abang dari Taman Suriza, Depo manakala hadiah bonus iaitu pakej umrah dimenangi oleh Mahbi Andan dari kampung Pinang Jawa dan Normah Jemat.

Manakala 10 pemenang hadiah sagu hati menerima deposit sebanyak RM200 ke dalam akaun Tabung Haji untuk kaum Muslim dan akaun simpanan Islam bagi mereka yang bukan Muslim.

Takaful Ikhlas dalam satu kenyataan hari ini berkata para pemenang akan dihubungi terus oleh pihaknya untuk menebus hadiah masing-masing.

0 comments

Post a Comment

 
|  AhmaD-HafiZ-HamzaH. Blogger Template By Lawnydesignz Powered by Blogger