KUALA LUMPUR 25 April – Syarikat asing yang menerima lesen takaful untuk beroperasi di negara ini tidak sepatutnya memberi tumpuan kepada pasaran tempatan sahaja, sebaliknya syarikat terbabit perlu memberi tumpuan mengeksport produk dan perkhidmatannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas), Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, pasaran takaful tempatan tidak dinafikan sedang berkembang pesat, tetapi terdapat kebimbangan pemain-pemain tempatan apabila berpendapat syarikat itu hanya bersaing di dalam negara sahaja.
‘‘Akhirnya matlamat asal mereka untuk membantu mengembangkan perniagaan takaful tempatan ke luar negara akan terkubur,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Sebelum ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan syarat utama pemberian lesen tersebut adalah memberikan teknologi bagi menukar cara perniagaan dan membantu syarikat takaful tempatan mengembangkan perniagaan ke luar negara.
Tambah Syed Moheeb, pemain-pemain takaful luar ini sebelum memasuki Malaysia mereka perlu mempunyai pasaran khusus supaya tidak menimbulkan sebarang persaingan tidak sihat pada masa hadapan.
‘‘Mereka juga bukan sahaja perlu memperkenalkan idea operasi dan produk baru serta mencari segmen pasaran yang belum diterokai kerana ini akan membantu pemain takaful tempatan belajar daripada mereka.
‘‘Kadar penembusan dalam pasaran takaful adalah kurang daripada 10 peratus berbanding segmen konvensional yang telah melebihi 40 peratus dan masih terdapat peluang untuk penerokaan pasaran baru seperti pasaran pendalaman,” jelasnya.
Selain itu, Syed Moheeb turut memuji langkah Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai penjaga kepentingan awam dalam industri takaful dan insurans dengan memperkenalkan pelbagai garis panduan baru, tetapi pihak pusat itu perlu lebih memahami industri takaful yang berbeza daripada konvensional.
‘‘Dari segi insurans konvensional pelbagai peraturan dan garis panduan diperkenalkan dalam usaha mengukuhkan industri tersebut, berbeza dengan takaful yang hanya merupakan pengurus dana oleh itu peraturan dan garis panduan bagi kedua-dua adalah berbeza.
‘‘BNM diharap lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pemain takaful, oleh itu peraturan dan garis panduan perlu berbeza,” katanya.
Syeb Moheeb berkata, Takaful Ikhlas kini sedang berusaha untuk memudahkan pengurusan serta memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan.
‘‘Strategi kami pada masa ini adalah meningkatkan penggunaan teknologi dengan memperkenalkan apa yang terbaik dan keduanya adalah dengan memastikan kakitangan Takaful Ikhlas mesra dan memberikan perkhidmatan tempatan,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perniagaan di luar negara, beliau berkata, buat masa ini Takaful Ikhlas tidak berminat untuk melangkah keluar negara.
‘‘Fokus kami adalah pasaran tempatan. Takaful Ikhlas telah menerima beberapa tawaran untuk menjalankan kerjasama dengan syarikat luar tetapi kami masih belum bersedia.
‘‘Apa yang boleh kami sediakan pada masa ini, perkhidmatan konsultan dan sekiranya syarikat luar berminat dengan model perniagaan kami, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran untuk mereka mendapatkannya,” tambahnya.

0 comments
Post a Comment